Assalamualaikum Harith..
Semalam genap sebulan Harith tinggalkan mama.Mama minta maaf kalau mama yang cuai.Tak sangka cepat betul Harith pergi.Belum puas mama peluk cium Harith.Belum puas mama lihat Harith tersenyum.Rasa ingin sekali lagi mama dukung Harith.Belai rambut Harith yang lebat.
Harith tahu hari hari abang Harith menangis ingatkan Harith.Umur baru 5 tahun,tapi sayang betul dia pada Harith.Kakak-kakak yang baru 3 dan setahun lebih sentiasa ingatkan Harith.Nampak baby tak kira kat TV atau bila berjalan,mesti sebut Harith.Semua tak pernah lupakan Harith.
Mama still ingat, masa mengandungkan Harith ,kita berjalan ke sana sini.Abang Bukhary baru mula tadika,jadi tiap-tiap pagi kita hantar dia pergi sekolah.Bila kita pindah rumah,mama masih ingat rutin setiap pagi.Selepas abah dan abang pergi sekolah mama akan tengok TV.Pukul 8-How I met Your mother.Lepas tu Grey's Anatomy then cerita siam kat TV3-Rebound to love.Lepas tu kakak-kakak Harith bangun,mama mula sibuk siapkan diorang.
Harith,
Masa mama sarat abah risau mama duduk rumah.Takut tak ada orang hantarkan mama ke hospital.Mama minta Maksu tangguh balik kampung.Tunggu Harith lahir.Nanti tak ada orang jagakan kakak-kakak dan abang Harith.Nasib baik Maksu cuti.And malam tu Maksu dah nak balik kampung.2 Ramadhan @ 22 Julai.Hari kedua puasa Harith lahir tanpa sebarang masalah.Pandai Harith lahir at the right time.Yelah maksu dah nak balik malam tu.Kalau tak ada Mak su siapa nak jagakan abang and kakak-kakak nanti masa kita ke hospital.Mama ingat lagi mama mengantuk sebab belum sempat tidur.Bila mama rasa sakit,mama tau Harith dah tak sabar nak lihat dunia.tapi mama ingat maybe mama boleh tidur dulu.tapi Harith tak nak tunggu.Kelam kabut abah hantar ke hospital.Kak Tihani pula dah terbangun, tu yang buat abah kelam kabut.
Semua happy dengan kehadiran Harith.Abang Bukhary memang nak sangat babyboy.Tak sabar nak jadikan roommate dia.Kakak Daania pula berani dukung Harith.Mama and abah pulak yang takut.Selalu dia nyanyikan lagu and jagakan Harith bila mama minta tolong.Kakak Tihani..tiap kali tukar pampers,dialah yang menghabiskan wiper lap *** Harith.Mama paling rasa kelakar bila die tolak kepala Harith suruh menyusu.
30 Ogos..mama bangun tengok Harith kaku.Kakak Tihani sibuk minta Milo tapi mama cuma dukung and peluk Harith.Mama tau Harith dah tak ada.Tapi mama takut nak terima kenyataan.Maybe Harith cuma tak sedar.Mama terlampau letih and mengantuk sampai tak terperasan yang Harith tak bangun menyusu.Padahal berapa kali mama bangun nak tukar pampers masa Harith tidur macam selalu, tapi malam tu mama rasa macam tak payah tukar pula.
Mama terkilan.Terkilan sangat-sangat Harith.Kalau mama bangun tukar pampers Harith,atau pun check Harith macam biasa mungkin Harith masih ada.Tapi kita tak dapat ubah takdir.Ramai yang bagi support.Kata itu memang tempoh Allah pinjamkan Harith pada Mama.Memang ajal dah ditentukan.Memang senang bila bercakap..tapi memang susah nak menanggungnya.Sampai sekarang mama kadang-kadang tak percaya begitu singkat masa kita.
Baju-baju Harith mama dah simpan.Mama pun macam abang,harapkan babayboy.Sebab
banyak baju-baju abang yang tunggu untuk dipakai semula.Baju melayu and jubah pun banyak Harith.Tapi apakan daya, cuma 40 hari Harith di dunia.
Harith,
Mama terkilan,tak banyak gambar Harith yang ada.Mama banyak kali nak snap tapi sd card penuh.Lagipun siapa tahu pergi Harith tiba-tiba.Padahal baru semalam kita masak sambal ayam sama-sama.Abang pulak ada jamuan raya the next day.Wiper Harith pun baru abah beli malam tu.Mama still ingat.mama dukung Harith depan cermin and fikir,ni boleh jadi profile pic baru kat fb.Tapi tak sempat pun kita ambil gambar berdua.In fact,we do not have any pictures together.
Harith,
Nak sangat mama besarkan Harith,tapi tu sajalah tempoh kita bersama.Mama cuma sempat beri susu dari badan and kasih sayang untuk Harith.Tempatmu di syurga sayang.Sekarang Harith sedang seronok bermain di bawah asuhan Nabi Ibrahim.Mama redha.Jangan risau.Mama kuat.Dah bermacam ujian diberikan-Nya.Walaupun ujian ni paling besar, mama akan sentiasa kuatkan semangat untuk abang dan kakak-kakak.Memang susah mula-mula,tapi abah sentiasa pujuk mama.Mama tau abah pun sedih dalam hati, tapi die kuatkan semangat untuk mama.
Walaupun mama tak tau sama ada Harith dapat mendengar luahan hati mama, tapi sekurang-kurangnya kurang bebanan mama memendam dalam hati.38 minggu 6 bulan dalam perut mama dan 40 hari saja sempat mama dengan Harith.Tapi mama bersyukur, at least we managed to be together though only for a short while.
Harith,
Mama sayangkan Harith.So are the rest.Abah,abang Bukhary and kakak Daania and Tihani.We love you so much dear..Auntie uncle and semua ahli famili pun sama..
Harith,
Sampai di sini saja rasanya..doakan mama dan tunggulah kami semua di syurga..
Assalamualaikum sayang..Al-Fatihah untukmu.
No comments:
Post a Comment